Search This Blog

Monday, November 29, 2010

nasihat orang dulu-dulu

"Berpantang maut sebelum ajal". Mesti ayat neh agak familiar di kalangan hangpa especially kepada umat yang suka membaca akhbar seperti metro dan kosmo yang sering menggunakan tagline ataupun peribahasa ini di ruangan kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan mat-mat rempit yang tak sedar-sedar diri life duration dah menyala-nyala tapi still nak jadi superman jugak. ye tak?


So tu salah satu contoh 'Pantang' yang diutara selatankan oleh orang tua-tua dulu kala, kalau nak dibuka cerita, banyak sebenarnya pantang-pantang yang ada. Kalau hangpa rajin, balik kampung nanti hangpa sembang-sembang la ngan datuk korang, mesti semangat punya la dorang crita pantang-larang yang dorang amalkan sejak zaman muda remaja mereka lagi. Tapi sayangnya ianya tidak diperturunkan kepada generasi muda sekarang.


Kenapa ye? Adakah pantang-pantang larang ini sudah tidak sesuai dengan pemikiran zaman sekarang atau ianya lebih menjurus ke arah unsur mistik oleh itu ianya akan cenderung ke arah perkara-perkara munafik/syirik dan sebagainya?



Pantang anak dara menyanyi kat dapur, nanti dapat husband tua.
Betul ke? apa kaitan nyanyi kt dapur ngn dpt husband tua? adakah bila kita nyanyi kat dapur, orang-orang tua yang sedang membajak sawah di belakang rumah akan terdengar nyanyian kita, akan lantas jatuh cinta kepada kita? ye tak?




Pantang tidur meniarap dan mengangkat kaki ke belakang.

korang boleh bayang tak posisi neh? demo tidak disertakan disini ye.Ok, kalau pantang larang neh aku rasa aku ada jawapan dia. Kalau ikotkan cakap tok aku, dia cakap, klu buat cmni, ada ahli keluarga kita akan meninggal dunia nanti. mak aih!? Tapi ada logiknya dia takotkan kita sebab kadang-kadang kan golongan hawa ni kalo buat, kan ke burok anak dara buat lagu tu. Especially kalau yang pompuan ni pakai kain batik ke apa-apa kain yang boleh terselak sehingga ke paras lutut dan sekaligus boleh menjadi port teropong orang-orang yang kurang imannya. macam saya. ok, ini tipu.

Gimik orang meninggal tuh maybe sekadar untuk menakutkan kita agar tak buat cmtu, kalau dorang bagi alasan seperti " Nanti nampak bulu kaki, x elok", kita leh jawab, "zaman skarang dh ada veet la tok"... kan ke kurang ajo tu.




Pantang duduk depan pintu/atas bendul pintu

Zaman dulu pintu byk la bendul-bendul, tapi skarang dh tak de bendul sgt dh pun, tapi apa kejadahnya korang nak duduk depan pintu? sikit punya luas ruang dalam umah, kat pintu jugak korang nak duduk. Pintu tu kan laluan org nak lalu lalang, menyusahkan orang je kalau nak keluar masuk,kang tersepak kang takde zuriat lak korang.

Dan lagi satu, nampak cam orang tak berumah dan tak ada maklamat hidup je kalau duduk depan pintu, ataupun nampak macam amoi yang duduk depan shoplots bukit bintang sambil pegang kertas yang tertera "Perkhidmatan Mengurut Ada Di Atas".dengan besarnya, dan disertakan dengan pakej 'urutan satu badan baik punya' dengan tulisan yang berfont lebih kecil.



Pantang duduk atas bantal, nanti naik bisul kat punggung

Oh yeke? Bukan ke lagi bagus ke jaga kesihatan punggung dengan duduk di atas tempat-tempat yang lembut? Memang betul kena duduk atas tempat yang lembut tapi duduk atas bantal boleh menyebabkan efek psikolgi sebenarnya kepada otak manusia.

Sebabnya, bantal biasanya adalah untuk kepala, memang untuk kepala sahaja (kecuali bantal peluk). Dan kepala mempunyai pelbagai lagi organ-organ lain yang sensitif seperi hidung, mulut, telinga dan mata. Kesemua deria ini amatlah sensitif kepada persekitaran. Kalau bantal yang anda gunakan untuk kepala anda sahaja tetiba diletakkan di bawah punggung rakan kita atau lebih parah, punggung orang yang kurang dikenali. Apakah perasaan anda? Mahukah anda menggunakannya lagi? Agak-agaknya apakah aktiviti yang berlaku ketika bantal itu berada di posisi tersebut? Adakah ianya mengandungi gas-gas argon, helium, xenon di dalamnya?Wangikah baunya selepas digunakan sebegitu? Fikir-fikirkan dan selamat beramal~ hahaha

Mungkin itulah sebabnya. Hal-hal bisul tuh aku tak tau la ada kaitan ke tak dari segi medikal explanation. Mungkin para doktor atau bakal doktor boleh memberikan pendapat anda?



Pantang tidur waktu maghrib, nanti kena sawan/epilepsi/gila dan sebagainya.
Menurut tok aku, perkara ini ada unsur-unsur mistik skit. Sebab time maghrib la syaitan suma berkeliaran mencari mangsa-mangsa yang lemah rohaninya.Sekaligus mudah untuk di manipulasi akal fikiran logiknya. Tapi aku rasa ada kebenarannya sebab datuk aku pernah hambat aku ngan penyapu lidi balik umah bila time maghrib aku dok sibuk lagi mengayuh basikal sampai tak ingat dunia.

Tapi kalau diikotkan memang kalau kita tido time maghrib pastu tiba2 bangun, konfirm otak rasa cam weng-weng pastu mula la ingat biologikal jam dah terbalik. Ingat dah pagi la, ingat dah terlepas sehari, rasa cam nak moody dan sebagainya. Semuanya melibatkan psikologi otak kita.(Aku pernah bangun lepas maghrib pastu terus sibuk pakai baju sekolah dan sedia di meja untuk bersarapan, ingatkan dh pagi~ haihhhh)



Pantang pinggan yang setelah selesai makan dibiarkan kering, nanti takde orang nak siram kubur kita
.
Spooky dan menginsafkan bunyinya. Kalau aku teringat je cakap tok aku neh, terus aku tuangkan sedikit air ke dalam pinggan aku. Sedih woo kalau takde siapa nak ziarah kubur kita nanti...Insaf2.

Dan secara logiknya, aku rasa la kan, reason taknak bagi kering adalah supaya menyenangkan pinggan itu untuk dibasuh nanti. Kalau kita biarkan kering je sambal-sambal belacan, minyak2 yang berkerak tuh, tak pasal-pasal pulak orang yang nak membasuh tuh kena menyental pinggan-pinggan korang makan. If korang basuh sendiri, baru padan muka korang. haha logik tak?


Jadi, ada apa-apa pantang-larang lain yang korang tau tak?


note::berpantang maut sebelum ajal